Tuesday, March 26, 2013

Tempat percutian yang menarik...kat mana ya...

Niat di hati mcm nak pergi bercuti...maklumlah dah kawin 3 tahun tak pernah aku pergi bercuti atau dalam bahasa lain pergi honeymoon...hehhehehhehe...

fikir-fikir nak pergi kawasan pantai ker..laut ker..boleh tengok permandangan...tenangkan hati....boleh menyelam ke kan?? tapi kat mana ek tempat yang menarik tuh...yang under budget la....puas fikir dah ni....


Monday, March 25, 2013

Memaafkan dan Dimaafi...

Sudah lima tahun berlalu....sebenarnya aku telah pun memaafkan segala perbuatannya terhadapku...tapi aku pun pelik kenapa aku tak boleh lupakan apa yang dia telah lakukan padaku....

kawan..sesungguhnya aku telah pun memaafkan setiap perbuatan hang kat aku...cuma beri aku masa untuk menerima hang semula sebagai kawan aku mcm dulu...aku tak mampun nak jadi mcm dulu..tak mampu...cuma aku doakan hang bahagia dengan kehidupan hang...aku hanya mampu melihat dari jauh...

ni kata-kat untuk sahabatku..aku copy dari blog warkahcikguamirul22...


Kata-kata dibawah ini untuk kamu-kamu semua
yang telah berada dihatiku sejak sekian lama
Moga persahabatan kita berkekalan hingga ke hujung nyawa.

!
!
!
V


  1. Kita berjumpa kerana takdir.
    Kita berkawan kerana kasih sayang.
    Kita bersama kerana hati.
    Kita bergaduh kerana harga satu ikatan.
    TAPI yang paling penting, SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA.
    TanpaNya tak mungkin sekarang terjadinya 1 Jalinan Hati. 1 Rahsia Rasa.
    Yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa-jiwa yang memahami erti persahabatan.
  2. THANK YOU, TERIMA KASIH, Tiada yang lebih indah dalam kehidupan ini untuk dikenangkan melainkan dapat mengenalimu, sahabatku.
  3. Mengingati teman tanda persahabatan.
    Mengingati mati sumber kekuatan iman.
    Mengingati hari akhirat semulia-mulia ingatan.
    Mengingati ALLAH itulah ketenangan.
  4. Indah "PELANGI" kerana "WARNA".
    Indah "TAMAN" kerana "BUNGA".
    Indah "HATI" kerana "AKHLAK".
    Indah "HIDUP" kerana "KEJUJURAN.
    Indah "DUNIA" kerana "UKHUWWAH" antara kita.
  5. TRUE FRIENDS are like morning,
    You can't have THEM the whole day,
    But You can be sure THEY will be there
    when you wake up tomorrow, next week, next year and forever.
  6. Bila ucapan salam dikirim dari jauh,
    tiada kata dapat didengar.
    tiada senyumana yang dapat dilihat.
    TAPI apa yang dapat dirasai,
    CUMA doa ikhlas dari hati yang mengingati.
  7. Teman yang bertahta dihatiku bukanlah yang aku khaskan ciri-cirinya agar ideal segala-galanya dimata. Tetapi Teman yang kuhargai dan kusayangi yang bertahta dihatiku adalah yang dirinya berjiwa hamba kepada Ilahi, kerana sifat kehambaannya itu umpama takzirah bergerak yang selalu mengingatkanku padaNya. Membuat hatiku tak upaya melupakannya. Subhanallah~
  8. Secebis senyum membawa seribu makna, Sedetik rindu adalah satu perjuangan,
    Satu ingatan bersemi didalam doa dari sahabat untuk sahabatnya~
  9. Ukhti, sebutir airmata yang jatuh kerana keinsafan adalah 1000x lebih baik daripada sejuta mutiara dilautan. Sesaat bersedih kerana redha Allah adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana cinta manusia. Sejernih wajah kerana wudhuk yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata. Sesuci hati hanya kerana Ilahi itulah hakikat cinta abadi. Uhibbuki fillah ya ukhti, Semoga ikatan ini membawa pada satu perjuangan hakiki.
  10. Ya Rabbi, selimuti istirehat sahabatku ini dengan kemuliaanMu, Hapuskan segala kesusahan dari hatinya. Bangunkan dirinya saat tahajudMu tiba, Rahmati dirinya kala waktu subuhMu menyapa, Hamparkan waktu-waktu yang diinfakkan keranaMu dengan sebaik-baik amalan. Perkenankanlah Ya Allah.
  11. Aku mungkin sekadar pelangi dalam hidupmu. Hadir ku tanpa disapa, hilangku tak membawa apa-apa, tapi mengenalimu satu anugerah berharga dari "Yang Maha Esa".
  12. Sahabatku sayang, Cinta Allah tak akan hadir kedalam hati kita jika masih ada walaupun sedikit cinta manusia. Caranya, kena bersungguh-sungguh berazam untuk tinggalkan 'si dia' kerana kita takutkan Allah. Jika kita berusaha menjaga hati kita. Allah akan campakkan rasa nikmat dan puas dalam melaksanakan 'MUJAHADAH' ini. Hatimu akan merasa betapa nikmatnya mensucikan hati.
    Sahabatku sayang, jika terus juga bergelumang dalam maksiat (cinta yang tak diredhai Allah). Kita bimbang jika Allah tak nak pedulikan kita.
  13. Ya Allah, andai sahabatku resah, tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'rifahMu,
    andai dirinya terancam, lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu.
    andai tubuhnya kedinginan, selimutkanlah kehangatan kasih sayangMu.
    Rindukan jiwanya dengan saat bertemu denganMu.
    Ya Allah, jangan kau biarkan hati,jiwa,jasadnya terpesona dengan duniawi,
    Khusyukkan hatinya dalam rukuk dan sujudnya menghadapMu.
    Berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepadanya. Ameen.
  14. I ask Allah to.. make you happy, make you smile,guide you safely through every mile, grant you wealth, give you health and most of all grant you a successful life. InsyaAllah.
  15. Kubina hubungan kita atas keimanan. Aku cintakanmu kerana Allah. Maka kau lebih daripada diriku kulebihkan walau itu menuntut pengorbanan. "Kerana Ukhuwah itu indah"
  16. Semoga Allah jadikan Subuhmu cahaya, Zohormu gembira, Asarmu bahagia, Maghribmu keampunan, Isyakmu keberkatan dan doamu diterima dan diluaskan rezekimu serta ianya tidak diambil semula dan dibuka padamu pintu SYURGA tanpa sempadan. Ameen.
  17. Ya Allah, aku rindu mujahidahku ini, sampaikan ingatan dan rindu dari jauh ini, setulus hati buat sahabat pada jalanMu, pelihara ukhuwah kami agar kekal mekar berpaksikan cintaMu, bertemu kami dalam takdirMu, berpisah kami dengan izinMu, Moga bertemu di Jannah FirdausMu.
  18. Ya Allah kiranya Rasulmu hidup berteman, kurniakan jua kepadaku teman, tapi biarlah teman-teman dari lorong-lorong yang membenarkanMu seperti kebenaran As-Siddiq. Biarlah teman-teman dari pintu-pintu ilmuMu seperti Saidina Ali. Ya Allah, kiranya semua itu tidak layak buatku, aku tetap bersyukur ditemukan dengan teman seperti sahabatku ini, mungkin padanya ada segalanya yang tak pernah ku selami. Mungkin padanya letaknya apa yang kuimpikan selama ini. Tapi jika aku seorang teman yang tak menghargai, ampunilah dosaku Ya Allah, dan kurniakanlah kegembiraan dan rahmatMu kepada temanku ini.
  19. Dijalan Allah persahabatan ini bukan milikku, dan bukan jua milikmu, Persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia. Kerana Dialah aku mengenalimu dan kerana Dia juga telah menetapkan kita mengukir kenangan. Persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang, Moga persahabatan ini berkekalan untuk selamanya. InsyaAllah.
  20. Ukhwah itu bukan letaknya pada manisnya ucapan dibibir atau pada indahnya pertemuan, tetapi dalam ingatan seseorang kepada temannya dalam doanya (IMAM AL-GHAZALI)
  21. Siang akan sepi tanpa mentari,
    Malam tiadaseri tanpa rembulan,
    Hidup akan sunyi tanpa teman,
    Hati tiada erti tanpa IMAN.
  22. Tatkala hati teringatkan teman, terfikir diminda adakah aku juga ada didalam hati-hatimu, tatkala hati rindukan teman, terfikir diminda adakah aku juga dirindui, tatkala kaki berat untuk melangkah pergi, hati tertanya, adakah kau ingin bersamaku lagi meniti kejayaan, Mengapa aku rindu benar padamu. Moga doaku diterima agar aku tak kan kehilangan teman sepertimu.. Semoga bertemu dan berpisah kita kerana YANG MAHA ESA.
  23. Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu, Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku, Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuangan, peniup semangat jihadku, saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu, Kau jadikanlah ukhuwwah ini disemai atas redhaMU, teguhkan atas Cinta PadaMu, Lindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu. Ya Allah bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu. Amin.
  24. You're true blue, I'm ragging red, together we're passionate purple, we clash at time, but we also mixed when we oppose each other, but when we work together, we blend like beautiful music, I guess that why we're friend until the end.
  25. Alangkah bahagianya bila bersahabat sering menghargai, Bila bersama saling menyayangi, Bila terluka selalu memaafi, Bila berjauhan saling merindui, Bila keliru tetap memahami, Bila terleka kerap menasihati, Bila tersilap terus menegur. Maka bertambah manis bila kerna Ilahi.
  26. Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika hidup atau selepas mati. Kuhulur tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.

    ::Saya sayang sahabat saya::
    ::Kita semua sahabat selamanya::

Sunday, March 24, 2013

Bila berjauhan dengan mak...hari-hari teringat sangat2 kat mak...

Mak..uda rindu sangat kat mak..bila tingal jauh mcm ni..terasa sangat rindu kat mak...hati ni sensitif sangat..bila teringat kat mak ja...tetiba air mata ni mengalir laju...uda doakan supaya mak sihat hendaknya...harap mak tabah hadapi setiap penyakit yang mak ada selain berusaha untuk mengubatinya..amin...kalu la umah ni dekat rasa nak balik tiap-tiap minggu...tapi nak buat mcm mana uda kat melaka..nak balik penang pun kenala tunggu cuti atau minta cuti...miss mak selalu..muahhhhhhhhh...


Aduhai...Red Velvet Cupcake

Sebelum ni aku bukannya penggemar kek ataupun cupcake...tapi bila aku makan red velvet cupcake hari tuh..sampai sekarang rasa nak makan lagi...tetiba jer tibul minat nak belajar buat segala mcm kek...hurmmm..mana nak cari kelas yang murah ni...semangat di hatiku ni dah berkobar-kobar ni...


ni dia resepinya...aku cilok dari blog mana ntah..main copy ja..harap org tuh tak marah la...huhuuu...hope aku berjaya buat....


Red Velvet Cupc8Bhn A
2 1/2 cwn tepung
1 sdm serbuk koko (sila guna Hersheys utk dptkn rasa yg sedap ckit)
1 sdt garam
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat

Bhn B
1 1/2 cwn gula kastor
2 butir telur
1 sdt esen vanila
1 sdt cuka
2 sdm pewarna merah
1 cwn yogurt
1 1/2 cwn myk jagung

Cara2
1. Satukan bhn A & ayak 3X
2. Pukul gula+telur. Masukkan esen vanila & pukul lagi
3. Campurkn baki bhn B satu persatu dlm adunan telur - Adunan B
4. Masukkan bhn A sikit2 ke dlm Adunan B. Tkyh pukul, guna kaedah kaup balik pn dh ok.
5. Isi adunan 3/4 cup, bakar 30min. Siap

Apalah ertinya kek Red Velvet tanpa Cheesecream kann?? So resepinya..
Cheese Cream
Bhn2
250g cheesecream (klu ada bajet lebih, guna mascarpone)
60g butter
2 cwn gula icing
2 sdm whip cream (utk dptkn tekstur halus mulus yg tulus yg kudus-decide sndiri nk letak berapa byk whip cream)
1 sdm jus lemon

Cara2
1. Pukul creamcheese+butter bg lembut.
2. Masukkn bhn2 lain & pukul lg smpai hajat tercapai. Siap

Ya Allah..aku rindu pada sahabat-sahabatku...

Sejujurnya...aku rindu sangat2 pada sahabat suka dan duka aku...bila berjauhan sangat terasa ketiadaan diorang....shue...zai...anisss....syud....jun...sae..ina...ni la sahabat yang sangat buat aku ketawa...bila dengan korang hepy sangat...

 zai...walaupun sekejap ja tinggal sebilik dengan hang tapi kesannya sampai sekarang...kawan waktu aku duka dan suka...kawan yang mendengar segala masalah...anis..hang pun sama..tapi skang masing-masing sudah berkeluarga...semuanya dah pindah ikut suami masing-masing..

Aku harap persahabatan kita akan berkekalan sehingga akhir hayat...kekal mesra mcm dulu k...luve u all so much..thanks for everything...











Perkongsian Hobi Terbaruku...Novel

Sebenarnya sudah lama sangat aku tidak membaca novel ni...kalu zaman belajar dulu jangan cakap la..penuh novel dalam bilik aku...hahahha...sekarang ni muncul balik minat aku yang dah lama aku tinggalkan ni...apa taknya..bila cuti jer sabtu ahad..aku dah bosan...suami kerja...x der sapa yang temankan aku kat uamh..apa lagi pergi popular carila buku yang boleh di baca..tapi bila dah mula layan novel ni...tak boleh nak stopped plak...ha ni la novel yang baru di beli...tak sangka syok sangat novel ni....Penulis novel ni Nureen Mirza



Sinopsis : AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.


Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku.
Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!
******



Penulis Novel ni : Murni Aqila

 SINOPSIS:
Suatu tragedi yang menyayat hati terjadi menyebabkan Junaira dan Haziq yatim piatu, lalu tinggal di rumah Datin Ros yang sangat baik. Tetapi Nazif... menyampah sangat dengan mereka berdua. Asyik menjeling sahaja. Suka cari pasal pulak tu! Bagi Junaira, kalau nak lawan api, mes...
tilah dengan air. Sebelum anak Datin Ros itu ‘kenakan’ dia, di
a mesti ‘kenakan’ Nazif balik.

Bila Nazif cuba menyakitkan hati Junaira, hatinya sendiri yang sakit. Junaira suka berloyar buruk. Juga suka buat lawak yang entah apa-apa. Tetapi kadang-kadang dia berasa lucu juga. Namun, amanah Datin Ros yang mahu dia mengahwini Junaira, bagai satu malapetaka baginya.

“Aku tak faham kenapa aku disuruh kahwin dengan kau. Sebab aku sayangkan mummy, aku terpaksa terima jugak. Hati aku ni sakit setiap kali pandang muka kau tu, sakit sangat. Semuanya disebabkan kau tu...”

Walaupun Junaira tahu kesudahan hubungannya dengan Nazif, cinta untuk lelaki itu kekal tersemat dalam jiwa. Sehinggalah akhirnya, dia tahu kenapa Nazif membencinya.



Belajar Untuk Menjadi Seorang Insan Yang Penyabar...

Ya Allah Ya Tuhanku..jika ini yang ditakdirkan untuk aku..aku terima...aku semakin redha...apa yang pasti aku takkan berhenti berusaha untuk memiliki zuriatku sendiri...aku akui aku seorang insan yang lemah sebelum ini..mendengar dan menerima kutukan serta kata-kata orang sekelilingku..sesungguhnya betapa hati ini sakit...buat oarng-orang yang tidak memahami apa yang aku rasa...sungguh lancar mulut kamu berbicara tanpa memikirkan apa yang tersirat dan tersurat di dalam hatiku ini...TETAPI...Allah itu maha mendengar lagi maha memahami...sekarang aku rasa tenang dan semakin kuat untuk menghadapainya...Terima Kasih Ya Allah..hanya kepadamu aku bermohon segalanya.....



Hidup ini pastinya diuji. Sama ada besar atau kecil ujiannya, kekurangan harta benda atau kehilangan orang yang tersayang, itu semua tertulis sebagai ujian. Sebagaimana firman Allah ini:
albaqarah-1551
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar [Al-Baqarah:155]
Namun sebagai makhluk bergelar insan, bukan setiap masa kita mempunyai untuk terus menerus menggenggam kekuatan untuk menghadapi ujian-ujian daripada Allah. Kerana bukan mudah membina kesabaran dan redha dia atas ujian. Terutama apabila kita diuji dengan rasa sedih dan kecewa.
Bukan mudah mematahkan rasa sedih. Bukan senang memujuk hati untuk menerima segala ketentuan. Sekalipun mulut mampu mengungkapkan kata sabar, ketahuilah bahawa hati sebenarnya memerlukan begitu banyak kekuatan untuk membina kesabaran di hati. Dan perkara yang selalu menjadi pertanyaan kita pada masa itu, mengapa semua ini terjadi kepada kita? Kenapa begitu sukar menghadapi kehidupan ini?
Namun ketahuilah di sebalik rasa sedih ini, sebenarnya Allah bakal memberikan kegembiraan kepada kita, dan di sebalik kekecewaan itu Allah bakal memberikan harapan yang lebih baik kepada kita. Kerana kesedihan dan kekecewaan bukan bermaksud kasih sayang Allah telah padam untuk kehidupan kita. Bahkan terus bersama kita. Cuma bagaimana kita cuba untuk menerima ketentuan dan memahami hakikat kehidupan ini.
Jangan lupa untuk membina keyakinan diri dengan terus berdoa kepadaNya. Minta diberikan segala kekuatan dan kemudahan dalam menghadapi hidup. Pengalaman pahit sebenarnya mengajar kita bahawa hidup ini tidak selalunya indah. Sebagaimana indahnya pandangan mata menilai sesuatu.