Sebenarnya sudah lama sangat aku tidak membaca novel ni...kalu zaman belajar dulu jangan cakap la..penuh novel dalam bilik aku...hahahha...sekarang ni muncul balik minat aku yang dah lama aku tinggalkan ni...apa taknya..bila cuti jer sabtu ahad..aku dah bosan...suami kerja...x der sapa yang temankan aku kat uamh..apa lagi pergi popular carila buku yang boleh di baca..tapi bila dah mula layan novel ni...tak boleh nak stopped plak...ha ni la novel yang baru di beli...tak sangka syok sangat novel ni....Penulis novel ni Nureen Mirza
Sinopsis : AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.
Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku.
Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!
******
Penulis Novel ni : Murni Aqila
SINOPSIS:
Suatu tragedi yang menyayat hati terjadi menyebabkan Junaira dan Haziq yatim piatu, lalu tinggal di rumah Datin Ros yang sangat baik. Tetapi Nazif... menyampah sangat dengan mereka berdua. Asyik menjeling sahaja. Suka cari pasal pulak tu! Bagi Junaira, kalau nak lawan api, mes...
tilah dengan air. Sebelum anak Datin Ros itu ‘kenakan’ dia, dia mesti ‘kenakan’ Nazif balik.
tilah dengan air. Sebelum anak Datin Ros itu ‘kenakan’ dia, dia mesti ‘kenakan’ Nazif balik.
Bila Nazif cuba menyakitkan hati Junaira, hatinya sendiri yang sakit. Junaira suka berloyar buruk. Juga suka buat lawak yang entah apa-apa. Tetapi kadang-kadang dia berasa lucu juga. Namun, amanah Datin Ros yang mahu dia mengahwini Junaira, bagai satu malapetaka baginya.
“Aku tak faham kenapa aku disuruh kahwin dengan kau. Sebab aku sayangkan mummy, aku terpaksa terima jugak. Hati aku ni sakit setiap kali pandang muka kau tu, sakit sangat. Semuanya disebabkan kau tu...”
Walaupun Junaira tahu kesudahan hubungannya dengan Nazif, cinta untuk lelaki itu kekal tersemat dalam jiwa. Sehinggalah akhirnya, dia tahu kenapa Nazif membencinya.

